Assalamulaikum semua hari hi aq nak crita pasal couple..haha issue yang selalu orang bangkitkan dlam kes remaja kan hihi...kadang-kadang yang banyak kali dengaq pon dah x larat dengaq dah...TETAPI ..kalau banyak kali dengaq tapi x amek tindakan tu yang masalah dunia sungguh!! dok juga terjebak dengan masalah COUPLE ni ..Haishhh.."nafsu..ni semua salah nafsu..." salah nafsu ka salah diri sendiri yang x reti nak kawal nafsu -.-
Bercinta itu fitrah manusia ..Ya, Fitrah!! dan Islam lansung x melarang untuk manusia bercinta. cumanya macam mana dia bercinta adakah dengan ikatan yang sah ataupun ...ko paham lah sendiri ..manusia dilahirkan dengan fitrah untuk berpasang pasangan .
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Haaaa..dah paham berpasangan dalam bentuk apa yang di benarkan ..Ikatan perkahwinan yang sah disisi Allah sahaja yang baik..Kita nak redho Allah kan so, buat apa yang Allah suruh dan tingggalkan yang dilarang.."Tapi.........kalau x kenal maka x cinta macam mna nak kawin"...inilah suara2 bisikan pepatah yang disalah ertikan -.- hehe..
Haaaa macam mna plak ..macam mna !!jawab cepat jawab !!!
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia
Ni nak habaq mai hampa yakin x dengan ayat Allah bahawasanya ( perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik). Apa nak takut lagi yakin dan pasti Allah S.W.T tak mungkir janji...Oleh itu berusahalah kita untuk menjadi seorang yang Baik disisi Allah kerna dari situ pasangan yang baik menunggu kita.. disamping kita dapat beroleh pengampunan dan kemuliaan dari Allah..InsyaAllah...
"Sat2 x abeh g ni ..memang lah yakin dengan ayat Allah tapi kita kena usaha jugakkan nak cari pasangan takkan nak mengharap ja bulan jatuh ke riba " dia mai lagi bisikkan ...haha ok ya memang la kena cari tetapi bukan lah mencari sehinnga batas sebagai lelaki atau perempuan dilanggar..bukan itu yang kita nak ..bertaa'ruflah dengan baik ats dasar untuk mendirikan masjid kerana Allah..jangan sampai bertahun- tahun 'kawan' lepas tu bila ajak nikah tak mau la x sedia lagi la..banyak plak alasannya hmmm..
Banyak masalah yang akan timbui kalau menda cettu berlaku sebab dalm tempoh anda 'berkawan' tu atau 'bercouple' tu mungkin banyak perkara x elok berlaku ..menda apa perkara x elok tu ???? Maksiat lah!! buat2 tanya plak ..hihihihi
Masa tu la nafsu nak membuak-buak ..kata cinta sna cinta sini.. Macam -macam yang boleh kita buat tanpa sedar kerana mainan cinta dan hasutan syaitanirrojimmm tu..Maruah diri tergadai ,maruah keluarga pon dan yang paling teruk maruah agama ..nau'zubillah..Hampa nak ka orang bukan Islam pandang serong dengan agama kita??
Islam x pernah ajaq buat perkara x elok..pegang tangan sana sni..duduk berdua-duaan bukan muhrim..Islam x ajaq semua tu ..tu semua budaya Barat nak ikut sangat buat apa!! merosakkan diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara!!!
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Allah S.W.T sendiri sebut dalm quran JANGAN DEKATI ZINA bukan buat zina DEKATI ZINA pon dah berdosa apatah lagi Zina..Astaghfirullahala'zim..kita x mau kan lahirknan generasi yang buat zina di muka bumi ini ..dimana lahirnya anak luar nikah..anak dalam tong sampah ,tandas ,dalam beg dan macam-macam lagi ..kita x mau kan..jadi apa tindakkan kita ??masih nak teruskan couple dan buat perkara yang dilarang??Berpagangan tangan dengan lelaki ajnabi,peluk sana peluk sini,hilang rasa malu ..masih nak teruskan? Tolong lah ..sya menyeru semua pihak termasuk diri saya sendiri..saya bukannlah suci daripada nafsu..saya pon manusia.. dan dan sama level ja dengan manusia yang lain.. x dak perbezaan pon disisi Allah yang menjadi ukuran disisi Allah hanyalah iman dan taqwa..marilah sama-sama hindari zina dan sama-sama mencari keredhaan Allah untuk kita tempuhi kehidupan didunia mahupun akhirat..InsyaAllah..
cukup lah takat disini sahaja perkongsian kita Wallahua'lam..sekian..